Asrul's Blog

Journey Begins: Qingdao, China

Artikel ini adalah sambungan daripada artikel yg lepas ” Journey to China: A preparation”. Setelah sekian lama, baru la ada kelapangan masa untuk menulis artikel di blog ini.  Bagi sesiapa yg pernah ke China, mungkin nama bandar Qingdao tidak sepopular bandar Beijing, Shanghai, Hainan dan Chengdu.  Bandar Qingdao popular dgn udaranya yg nyaman, anginnya seperti hembusan air-con, dan pernah menjadi tempat bg sukan olimpik, sukan layar (sailing).  Selain dari urusan kerja, terpikulnya tangungjawab sebagai seorang muslim utk berkongsi pengalaman sepanjang sy di sana bg memudahkan perjalanan anda. mungkin artikel ini memberi sedikit gambaran perjalanan dan apa yg menarik disana.

Perjalanan bermula dari skudai ke terminal kotaraya, Johor. Menunggu bas ke changi airport. Tunggu punya  tunggu rupanya Jam 2200 adalah bas terakhir utk ke changi airport. Jadi sy decide utk naik teksi sbg back up plan. Jam 2200 dari terminal kotaraya, JB, naik teksi sapu dan dikenekan charge usg60. Jam 2300 sampai di changi airport. Utk pengetahuan semua, better naik teksi sapu darpd teksi biasa kerana boleh direct terus ke airport. Teksi biasa (malaysia) hanya dibenarkan sampai di town singapore dan perlu tukar teksi utk ke airport. Ataupun kene cari teksi singapore di Malaysia, baru boleh direct ke airport. Hampir 6 jam menunggu di airport sebelum berlepas ke Qingdao, China. Apa yg perlu dibuat selain membaca, jalan2 dan lepak2 kt kerusi. Tidur pun boleh, takde sape nak marah.

Perjalanan dari Malaysia ke Tsingtao (Qingdao), China lebih mudah berlepas dari Changi Airport, Singapore kerana China Eastern Airline menawarkan penerbangan terus ke Tsingtao melalui Nanjing. Perjalanan mengambil masa hampir 7 jam. Jika perjalanan dari KLIA, mungkin anda perlu transit ke Beijing, shangai, dan mungkin perlu bermalam disana. Ini mungkin akan menyukarkan anda jika anda kali pertama ke sana dan akan meningkatkan kos perjalanan. Di Nanjing, anda perlu berhadapan dengan imegresen utk prosess daftar masuk ke negara China dan sambung perjalanan ke china melalui penerbangan domestic (flight yg sama). jangan risau attendant flight sedia membantu anda sekirannya anda tersesat dilapangan terbang. cuma anda perlu rajin bertanya dan terus bertanya sekiranya ada sebarang kemuskilan. tidak seperti airport yg laen, disebabkan batasan bahasa disana, anda perlu bergerak dalam kumpulan anda. proses demi prosess dilaksanakan dalam kumpulan supaya dapat mengelakkan anda dari tercicir dan sesat.

Jam 0540 dari changi dan kira2 Jam 1230 sampai di qingdao airport. Qingdao Airport juga dikenali sebagai Liutang International Airport. Apabila anda merancang untuk menaiki teksi dari Qingdao Airport, pastikan anda memilih teksi yang sebenar kerana banyak prebet sapu disana. Berkemungkinan besar anda akan tertipu. Contohnya, anda mungkin dikenakan bayaran 200 yuan dari Airport ke qingdao university. tetapi dengan menggunakan teksi yg betul, anda cuma dikenakan 80 yuan.

Setibanya di Airport, sy terus mencari teksi seperti yg dirancang ke Qingdao University. Perjalanan mengambil masa hampir sejam. Alhamdulillah, selesai daftar masuk hotel dan terus berehat menunggu keesokan hari.

Niat dihati apabila sampai di qingdao, sy mahu melawat masjid dan komuniti islam disana. Malangnya, setelah mencari dan mendapat tahu, perjalanan ke masjid mengambil masa hampir 2 jam dari tempat penginapan. bayangkan betapa besarnya bandar qingdao. perjalanan di qingdao menjadi sukar apabila sy berseorangan disana dn satu-satunya deligasi Muslim. Delegasi symposium yang sy hadiri majoritinya datang dari China, yg laen dari Korea, Taiwan, dan Jepun. Seorang dari Thailand dan Mexico. Apabila travel berseorangan, segala keputusan ke mana??? dan apa??? adalah terletak pada jari telunjuk saya.  Dikesempatan masa yang ada, sy juga berusaha mencari restoran halal disana, malangnya tidak jumpa.  Mungkin ada hikmah disebaliknya hidup di bumi China.

Masyarakat di sana kebanyakannya tidak fasih berbahasa English. walaupun tahu berbahasa English tetapi dialeknya sukar untuk difahami. Apa yg dapat diperhatikan, masyarakat disana tertutup dengan dunia luar. byk lagi yg saya perlu diterokai disana. tidak seperti diMalaysia, budaya barat seakan2 kurang menular di china dari segi hiburan, budaya, dan dll. kebanyakan filem2 luar dialih bahasa dan hanya terdapat satu channel sahaja yg menggunakan sepenuhnya bahasa english dr lebih 60 channel.

Seperti biasa utk ke China, perbagai tip2 perjalanan dari blog2 sedia ada dan tip2 tersebut sgt berguna. bagi non-muslim, makanan tidak menjadi masalah di qingdao. tetapi bg muslim, amat lah sukar. keraguan yg ada dan nasihat dari kawan2 menyebabkan sy membuat keputusan utk membawa stok makanan dari malaysia seperti beras, maggie, makanan dlm tin, minuman 3 in 1, dn sedikit kelengkapan memasak seperti periuk nasi dan laen2 yg difikirkan perlu. oleh itu, sy tidak kelaparan di sana.

Apabila hendak keluar berjalan, pastikan anda membawa air mineral yg cukup dan tisu sebagai langkah berjaga2 apabila menggunakan tandas. anda tidak perlu risau terhadap tandas di qingdao kerana terbukti kebersihannya.  sebagai langkah berjaga2, pastikan anda tahu nama penginapan anda dlm bahasa mereka dan tempat2 yg anda hendak tujui. papan2 tanda disana dijaga dengan baik dan sgt membantu anda.

Hari terakhir di Qingdao, saya sempat pergi ke Mount Loashan dan Qingdao Pier (Situated in Qingdao Bay south of Qingdao City, off Zhongshan Road) dan berjalan2 sekitar bandar qingdao. Lawatan tersebut adalah antara aktiviti penganjur. Mount Loashan terletak temple2 tempat sami2 Taoshm. Taoshm adalah lambang agama masyarakat di China. baru sy tahu, Walaupun pengamal Taoshm dan Budishm masing2 menyembah patung2 berhala tetapi berbeza dari segi cara mereka sembah. Mereka sgt bangga dengan temple2 yg berusia beratus-ratus tahun lamanya. katanya, inilah budaya dan warisan yg perlu dijaga. Qingdao pier pula adalah tokong terletaknya dihujung tambatan di qingdao bay. Nampaknya, kebanyakan simbol mereka banyak melibatkan temple.

Ternyata, agama akan mencorakkan wajah sesuatu bangsa.

Mount Loashan….

Pier…

tempat sukan olympic (sailing)…

Signboard to Toilet…

Toilet…

bersama delegasi dari Mexico dan New Zealand…

bersama delegasi dari Chongqing, China

Asrul Adam.

25 June, 2011 - Posted by | Rencana

2 Comments »

  1. salam, sekadar berkongsi info.

    pengangkutan awam: teksi
    Perhentian teksi Kota raya, jb –> Changi airport = SGD40 per cab.
    Changi airport –> Singapore taxi terminal (Queen St) = SGD23 +/-
    Queen St –>Kota raya JB = SGD40 per cab

    Comment by Siti | 11 January, 2012 | Reply

    • terima kasih utk info ini…

      Comment by asruldm | 11 January, 2012 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: