Asrul's Blog

Bernilaikah sekeping gambar dan tulisan????

This note has been published in my Facebook on Wednesday, October 13, 2010 at 8:18pm. I would like to share here. Some comments that relate to this note are shown at the end of the note. Thanks for reading!!!!.

 

Di dalam dunia nyata ini, pada pandangan sy ader dua benda yang akan menguatkan memori dalam ingatan kita dan sangat mahal dan tidak ternilai. paling utama adalah tulisan dan yang kedua adalah gambar. di sini perkara utama yg saya nk tekankn adalah gambar. bila sesuatu gambar itu menjadi paling berharga dan sangat bernilai? suatu gambar sgt berharga dan bernilai apabila ia membuatkan kita ketawa, sedih, menangis dengan sendiri. kita rasakan bahawa memang beruntung ketika itu lebih-lebih lagi disuatu ketika bersama insan yang tersayang ataupun rakan2. secara faktanya, sekeping gambar menjadikan seakan-akan masa terhenti seketika dan dalam genggaman kita. kita sebenarnya berupaya menyimpan serta menangkap saat dan ketika dengan gambar. seperti contoh, di atas tapak tgn sy sekarang adalah sekeping gamabar ketika sy dibangku sekolah, bertarikh (tahun/bulan/hari) dan masa (jam/minit/saat/detik). begitu detail sekali dan byk maksud dan cerita disebalik sekeping gambar sehinggakan kita boleh menyimpan sedetik masa di atas apa yang kita lihat. kesedaran ini timbul daripada seseorang insan yg saya hormati yg merupakan seorang guru. beliau menyatakan bahawa ” gambar yang diambil sekarang akan menjadi berharga dan sgt2 bernilai 10-20 tahun akan datang”. percaya lah.

Tidak dilupakan juga adalah harga pada tulisan, di mana telah dibuktikan perkara yang dicatat atau ditulis akan bertahan lama dan menjadi kajian masa kini. Karya suci yang paling agung bagi umat Islam iaitu Al-Quran sehingga sekarang menjadi panduan hidup di atas apa yang telah dicatatkan. Cuba kita bayangkan tokoh2 ilmuan terdahulu hanya menyimpan ilmu2 yg mereka pelajari di memory otak mereka. Apa yang mereka tinggalkan kpd kita sekarang??? hanayalah cerita2 tanpa bukti yang kukuh. Arwahyarham P Ramlee, Seniman Negara, meggunakan karya lagunya “Anakku Sazali” utk tatapan anakandanya yg tercinta sehinggkan menjadi teladan kepada seluruh rakyat Malaysia. hitunglah betapa besar sumbangan yg disumbangkan oleh beliau. dan banyak lagi fakta dan sejarah yg menunjukkan betapa besarnya nilai sekeping kertas yang bertulis.

Kpd adik2 sekalian, ketika dibangku sekolah rajin2 la belajar menulis tidak kira la apa bentuk tulisan yang adik2 tulis. Rajin2 la juga membaca, kerana membaca melatih dari segi pemahaman dan akhirnya diluahkan dengan penulisan. Rasa boring, jemu, malas sememangnya akan wujud kerana persekitaran dan minda kita waktu itu.Sekian.

 

Comment from Tnoora Abrhmn
Aku nak menulis jugak…..
Al-Quran dijamin Allah SWT bahawa ia takkan luput sehinggalah ia diangkatkan (hilang ilmu) di muka bumi ini nanti…itu janji Allah.
Ia ditulis di atas kulit2 etc hinggalah di zaman Khalifah Uthman RA, bila baginda mengutuskan Al-Quran di mashafkan.
Tu kelebihan Al-Quran. Taurat, Injil dll juga ditulis, tetapi tak dijamin keasliannya…maka tak asli lah ia….

Seruan menulis mmg bagus… bukan setakat gambar2…kalu diary/ journal yg kita buat dan dibaca di hari tua….sgt lah indah….

Dari diari2/ journal jugalah kita dapat ketahui apa yg sebenarnya berlaku di Perang Dunia kedua…bila tulisan org2 rapat Hitler ditemui….

Tidak dilupa, sejarah juga boleh ditulis semula oleh org2 yg menag perang, contoh diary Anne Frank (heboh satu dunia, betul ke tak..tak banyak kajiannya)….

Comment from me
Apabila kita menulis kita sedang memelihara ilmu dan sejarah. Tanpa penulisan, ilmu dan sejarah akan hilang. Pada hari ini kita mengenali pemikiran Ibn Khaldun, Ibn Sina, Imam Al-Ghazali, An-Nawawi dan ramai lagi kerana penulisan mereka dan khazanah ini perlu dikembangkan.~Dr. Danial Zainal Abidin.

Comment from Tnoora Abrhmn
Ya tepat Asrul….teman nak menambah…menulis dengan niat baik yang ikhlas.
Sekarang ni macam2 ada, tengoklah buku2, blog2 yang penuh dengan unsur2 fitnah etc.
Membaca pun kena berhati2. Jangan amik at face value of everything kena fikir sematang2nya.
Contoh: buku2 memperkatakan tentang kebaikan perbankan Islam kan dah belambak2….tapi benarkah ia…..

Cakap pasal P.Ramlee, sedih tengoh dokumentari camno die kna boo oleh org zaman dulu…sapakah mereka? Tau meh sini aku cabaikan sorang2…

 

Asrul Adam

asruldm@gmail.com

19 March, 2011 - Posted by | Rencana

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: